Wednesday, August 8, 2012

Merdeka!


Menjelang Ogos... semua orang akan mula sibuk berkata tentang merdeka. Apa tema? Apa logo? Sambutan besar-besaran di mana? Mau berbaris ka? Apa program lain?

Saya pernah membuat satu kajiselidik ringkas di kalangan belia berkenaan merdeka dengan soalan ringkas "apakah maksud merdeka yang anda fahami?" Jawapan tidak pasti dan tidak tahu mengisi 53% daripada statistik yang saya ambil daripada 142 orang. Amat mengejutkan!

Nasib baik jawapan tinggi yang seterusnya, ialah kemerdekaan Malaysia daripada penjajah dalam lebih kurang 44%. Yang 3% lagi, merdekakan diri daripada belenggu kehidupan, merdeka daripada serangan Jepun dan Komunis pun ada. Yang menjawab kita belum merdeka pun ada sebab kita belum bebas sepenuhnya dari segi ekonomi, politik mahupun pendidikan.

Di Sabah, sambutan kemerdekaan ialah 49 tahun untuk tahun ini. Fakta ini semakin jelas menjelang PRU-13 ini kerana ia dijadikan "isu" oleh sesetengah parti politik.

Isu lain yang menarik tentang sambutan kemerdekaan 55 tahun Tanah Semenanjung ialah tema "Janji Ditepati", logonya mahupun lagunya... Pandangan peribadi saya, percepatkanlah kemerdekaan pandangan politik di Malaysia!

No comments:

Post a Comment