Tuesday, August 7, 2012

Islam itu Indah

Matlamat hidup Islam ialah memperbaiki manusia; slaah satu daripada gerak kerjanya ialah memperbaiki hubungan dgn Allah (Tuhan) dan memperbaiki hubungan dgn manusia. "Ditimpa kehinaan mereka walau di mana mereka berada melainkan berjaya berpegang dengan agama Allah S.W.T. dengan menghubungkan diri dengan Allah S.W.T. dan juga berbuat baik sesama manusia.." Al-Imran 112
Dalam hal-hal bermasyarakat, berkeluarga mahupun isu bernegara pun sama juga, apa2 saja yang ingin dilaksanakan, matlamatnya ialah satu, untuk memperbaiki manusia. Asas utamanya ialah meneraskan aktivitinya agar selari dengan aqidah dan dihalus maniskan dengan keutamaan yang lima; menjaga agama, menjaga akal, menjaga jiwa, menjaga keturunan dan menjaga harta.

Berbalik kpd isu pengkristianan yang dikatakan rancak berlaku, yang mana lebih utama? Berkeras kepada gerakan kerja2 promosian agama selain Islam atau memberi penekanan kepada mempertahankan akidah umat Islam?
Saya berasa malu dan merasa rendah di kalangan rakan non-muslim apabila ada di kalangan kita meminta-minta supaya penguatkuasaan undang-undang lebih keras dibuat kepada kerja-kerja pemurtadan. Bukannya permintaan ini salah atau keterlaluan tetapi menurut pandangan hati saya; seolah-olah ajaran agama kita ni tidak sekuat mana sampai memerlukan penguatkuasaan undang2  atau paksaan untuk berkembang sedangkan, "la ikraha fid din".
Semasa saya belajar di UK, saya berterimakasih kepada Kerajaan di sana tidak mengganggu kerja-kerja dakwah orang Islam. Rakan-rakan di kalangan warganegara British yang berbangsa Pakistan, India dan Arab pun merasa keadilan dan memuji pemerintahan sebegini. Lain halnya, dgn rakan-rakan di Perancis, Itali dan Germany, pada masa itu.
Bagi saya, jaga dulu urusan rumah kita sebaik-baiknya barulah kita akan dihormati. Mesti ada kekurangan atau masalah cara pendidikan, pengamalan dan aktiviti2 keIslaman kita sekiranya ramai yg ingin murtad. Kajilah sebaiknya, salah satunya ialah kemiskinan... Sabda Nabi SAW, "Kefakiran boleh membawa kepada kekufuran".
Tujuan kita dalam bekerja dakwah ini ialah untuk membaiki, bukan menyalahkan orang lain.
Jadilah pendakwah, bukan penghukum.

No comments:

Post a Comment