Tuesday, August 14, 2012

Kerjaya sebagai satu ibadah


  1. Perbetulkan Niat; Iaitu setiap pekerja Muslim hendaklah meletakkan niat yang ikhlas bahawa kerja tersebut adalah sebagai satu bentuk ibadahnya kepada Allah, demi mencari keredaanNya. Oleh itu, proses pembetulan niat di hati adalah suatu yang penting dan perlu dibimbing. Hassan Al-Banna berkata; "Islam menitikberatkan soal pengubatan jiwa manusia kerana jiwa manusia merupakan sumber sistem, fikiran, konsep dan pembentukan, membersihkannya daripada hawa nafsu, menyucikannya dari kekotoran kepentingan diri. Apabila jiwa manusia telah istiqamah dan bersih, segala sesuatu yang lahir dari jiwa itu akan tetap baik dan indah". 

  1. Mematuhi Etika Kerja Islam; Antara etika kerja dalam Islam yang perlu dititikberatkan ialah; 

a)    Amanah dan Jujur; Setiap pekerja Muslim hendaklah ingat bahawa kerjaya yang mereka pilih merupakan amanah yang mesti disempurnakan dengan baik dan jujur kerana meyakini bahawa amanah tersebut akan dipersoalkan di akhirat kelak,. Firman Allah yang ertinya: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya" (Surah An-Nisa', ayat 58).





b)   Mematuhi Peraturan kerja dan Berdisiplin; Setiap pekerja tertakluk dengan peraturan dan 'standard' kualiti yang telah ditetapkan oleh organisasi mereka. Oleh yang demikian, segala peraturan yang tidak bertentangan dengan Syariat Islam hendaklah dipatuhi dengan disiplin dan komitmen yang tinggi. Kepatuhan kepada peraturan terrnasuklah patuh kepada ketua akan memudahkan objektif organisasi dapat dicapai. 

c)    Semangat Kerjasama, Syura dan Sikap Tolak Ansur; Dalam menyempurnakan tugasan dengan cemerlang, sernangat kerjasama semua anggota sama ada pekerja bawahan ataupun atasan amat diperlukan. Oleh itu, sikap bertolak ansur sesama rakan sekerja, pemaaf, bertolak ansur dan juga sesi perbincangan (syura) seharusnya kerap diadakan bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Allah berfirman, maksudnya: "Bagi orang-orang yang mematuhi seruan Tuhan mereka dan mendirikan solat, mereka memutuskannya dengan bermesyuarah (Syura) antara mereka "(Asy-Syura; ayat 38). 

  1. Kreatif, Inovatif, Produktif dan Tekun; Pekerja yang cemerlang semestinya mempunyai daya kreativiti dan ketekunan yang tinggi selain memiliki daya inovasi dan produktiviti yang boleh menguntungkan diri sendiri dan organisasi. Bahkan Islam amat menyanjung tinggi orang-orang yang seumpama ini. Rasu!ullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyukai apabila sesuatu pekerjaan itu dilakukan dengan penuh ketekunan (kesempurnaan) ". Semangat dan azam untuk sentiasa mencari cara baru yang lebih baik ini dikenali dalam bahasa Jepun sebagai 'Kaizen' yang berasaskan kepada budaya produktiviti dan penambahbaikan berterusan yang bersifat kreatif, inovatif dan penuh ketekunan. 

  1. Mengamalkan Peribadi Mulia; Pekerja Muslim seharusnya menunjukkan peribadi unggul dan mulia berbanding pekerja lain. Ini kerana selain daripada pekerja Muslim dikawal oleh peraturan kerja dan undang-undang umum, mereka juga meyakini bahawa mereka sentiasa di bawah pemerhatian Allah dan para MalaikatNya. Oleh yang demikian, sifat-sifat mulia ini seharusnya menjadi amalan biasa setiap pekerja Muslim. Antara sifat-sifat mulia tersebut ialah sifat rajin, tekun, bersabar, berintegriti, malu untuk melakukan kesalahan jenayah, mesra, akrab, bertanggungjawab, menghormati orang lain, qana'ah, bertawakal, bersyukur, menghargai masa, menepati janji dan sebagainya.

Wallahu a’lam

No comments:

Post a Comment