Firman Allah dalam Surah At-Taubah, ayat
105 yang bermaksud: "Dan katakanlah (wahai Muhammad); Bekerjalah kamu
maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang
kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui
perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu
apa yang kamu telah kerjakan".
Islam mempunyai pandangan yang khusus
terhadap pekerjaan, di mana menurut Islam, naluri
bekerja tertanam dalam diri manusia. Manusia secara tabi'e (semulajadi) ingin
menggunakan sumber-sumber alam untuk memakmurkan dunia kerana manusia berfungsi
sebagai khalifah Allah, pemegang amanah di mukabumi dan beranggapan pekerjaan
menjadi hamba bagi manusia seperti Firman Allah S.W.T.: "Dialah yang
menjadikan untuk kamu bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu
memakmurkannya" (Surah Hud , ayat 61).
Rasulullah S.A .W. juga
bersabda: "Tidak ada orang yang memakan makanan yang paling baik melebihi apa yang
diperolehinya dari titik peluhnya sendiri. Sesungguhnya Nabi Daud memakan hasil titik peluhnya sendiri" (Riwayat Bukhari).
Dalam Hadis yang lain, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Mencari sesuatu yang halal menjadi suatu
kefardhuan selepas melakukan perkara fardhu" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Apa yang
dimaksudkan di sini ialah bekerja untuk mendapatkan sesuatu yang halal.
Islam amat menggalakkan umatnya bekerja
demi keperluan diri sendiri, keluarga dan masyarakatnya. Dalam waktu yang sarna, Islam amat membenci umatnya yang meminta-minta,
mengemis dan sentiasa berharap pada orang lain. Sabda
Rasulullah S.A.W.: "Bila ada di antara kamu yang mendapatkan tali dan
pergi mencari dan menanggung pulang seberkas kayu api dan menjualnya, ia telah menaikkan maruahnya. Ini adalah lebih baik dari meminta sedekah, sama ada
orang memberinya atau tidak . (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dari dalil-dalil di atas , secara ringkasnya matlamat pekerjaan dan kerjaya
menurut Islam adalah untuk:
- mendapatkan rezeki yang halal untuk kegunaan
diri, keluarga, masyarakat dan negara.
- adalah menjadi tanggungjawab
manusia sebagai khalifah yang mentadbir alam ini, untuk memakmurkannya
dengan kerja-kerja yang baik dan berfaedah, kerana kerja itu sebagai satu
ibadah kepada Allah.
- membentuk masyarakat dan negara yang bertamadun, maju dan harmoni
- mengelakkan kesusahan, kesengsaraan, pergaduhan dan perpecahan di dalam masyarakat.
RUJUKAN
Al-Quran Al-Karim,
AI-Hadis AI-Syarif.
Mustafa Abdul Rahman, Hadith 40 (/989) (Terjemahan dan
Syarahannya) . Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar.
Mohamed
Sharif Mustaffa &Roslee Ahmad, Bimbingan Kerjaya Menurut Perspektif
Islam, Jabatan Pendidikan Sains Sosial, Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia
No comments:
Post a Comment