Friday, December 28, 2012

Apa itu kerajaan?

 
Untuk mendefinisikan sebuah kerajaan secara teorinya, mata pelajaran Tatanegara atau Pengajian Am sudah memadai untuk semua. Pengisian praktikal makna sesebuah kerajaan masih lagi terbuka seluas-luasnya. Meminjam kata-kata Benjamin Franklin, "Government is not reason; it is not eloquent; it is force. Like fire, it is a dangerous servant and a fearful master."
 
Adalah menjadi satu kesilapan sekiranya ada yang menganggap Kerajaan itu adalah sesuatu sebab untuk melaksanakan sebarang polisi atau tindakan malah memaksakan tindakan menurut kemahuan kepimpinannya. Sebenarnya, sebuah Kerajaan adalah kuasa (yang berfungsi sebagai amanah dan tanggungjawab) yang boleh menundukkan malah menjatuhkan tahap ke serendah-rendah taraf. Lihatlah apa yang berlaku kepada Muammar Ghadaffi, Saddam Hussein, Husni Mubarak dan Zainal Abidin (Tunisia).
 
 
Menurut Ibn Khaldun, seorang pemikir kenegaraan yang terkenal, hal-hal kenegaraan bukanlah sesuatu yang 'complicated' atau tanda-tandaan agung, ia sepatutnya berkisar tentang perkembangan sebuah masyarakat. Untuk mencapainya, hal tertinggi yang perlu disepakatinya menerusi ‘ashabiyah’ /solidariti / kesatuan pemikiran dan perjuangan dalam perjalanannya yang panjang.
 
’ashabiyah’ inilah kata kunci dalam pemikiran Khaldun karena ia yang menjadi motor atau penjana kekuasaan. Oleh itn, negara harus menjadi tumpuan / berada pada posisi di tengah-tengah dalam kehidupan masyarakat, di mana Ibn Khaldun menggambarkannya sebagai sebuah pasar yang penuh aktiviti. Dalam ‘pasar’ itu, menurut Ibn Khaldun, akan terdapat emas murni dan perak asli, andainya negara itu tidak ada penyalahgunaan, kebobrokan, pilih kasih, kebodohan dan kehinaan serta sentiasa komited dan bertekad untuk menempuh jalan yang lurus.
 
Tetapi jika yang dilakukan sebaliknya maka yang terdapat di ‘pasar’ itu adalah kehancuran, kecelakaan dan palsu. Kesimpulannya, menurut Ibn Khaldun maka negara harus seiringan dengan kualiti manusia. Jika negara baik maka kualiti manusia adalah bagaikan emas murni atau perak asli; dan begitulah sebaliknya.
 
Apa yang dipanggil sebagai Kerajaan Rakyat pada hari ini mahupun Kerajaan Civil(Madani) adalah sesuatu yang redundant, kerana Kerajaan seharusnya berpusar kepada kehendak rakyat dan bersifat madani.

No comments:

Post a Comment