"Be simple and modest in your deportment, and treat with indifference whatever lies between virtue n vice" Marcus Aurelius
Salah satu daripada kunci utama dalam pembinaan corak kepimpinan yang universal adalah pemeliharaan integriti dan wibawa individu itu sendiri. Teladan yang baik ditunjukkan oleh pemimpin akan menjadi satu kayu pengukur kepada bukan saja kepada masyarakat, malah kepada setiap entiti masyarakat dalam memastikan setiap kegiatan yang mereka dilakukan itu bertepatan dengan nilai dan etika murni fitrah manusia.
Islam memandang hidup dari segala seginya, bukan menekankan perhatian kepada satu jurusan sahaja. Peningkatan ekonomi dan peningkatan kualiti sosial adalah salah satu cabang dari hidup.
Sabda Nabi SAW :
“Tuhan dapat melancarkan kehendakNya dengan Sultan (pemerintahan) lebih banyak daripada yang dapat dilancarkan dengan al-Quran”
Maksudnya, Al-Quran yang begitu suci isinya hanya akan menjadi bacaan kosong; sekiranya tidak ada perjalanan dan pelaksanaan kepada pemerintahan. Apa yang perlu diberi perhatian dalam memastikan “Keadilan Sosial” kepada semua lapisan yang dipimpinnya dapat dicapai ialah pemimpin perlu menjauhi sifat ‘lupa daratan’, menjadi ‘rancak di labuh’ kerana mendapat pangkat dan kekuasaan. Jelasnya, kesombongan dapat merosakkan Keadilan Sosial ini seperti Firman Allah dalam Surah Al-Isra’: 37 ;
“dan janganlah Engkau berjalan di bumi Dengan berlagak sombong, kerana Sesungguhnya Engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan Engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.”
Sebagai belia, kitalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa depan. Justeru tanamkanlah semangat patriotisme, hayatilah nilai dan amalkanlah nilai-nilai murni dalam kehidupan. Kita juga dapat merasakan bangkitnya motivasi dari pedalaman hati nurani untuk melakukan self-improvement, meningkatkan kualiti diri menerusi penghayatan nilai-nilai unggul yang terumus dalam istilah inklusif realisasi kebenaran.
Keterlibatan belia dalam sosialisasi politik inilah faktor terciptanya masyarakat patriotik yang “Kritis Partisipatif” dengan ciri-ciri ::
Meningkatnya respon masyarakat belia, terutamanya siswa terhadap dasar-dasar dan program-program pembangunan kerajaan.
Adanya partisipasi belia, terutamanya siswa dalam mendukung atau menolak suatu dasar-dasar dan program-program pembangunan kerajaan.
Meningkatnya partisipasi belia, terutamanya siswa dalam berbagai kegiatan organisasi politik, organisasi kemasyarakatan dan golongan-golongan pendesak (NGO-NGO berdaftar).
Mudah-mudahan perkongsian unik dan strategik ini membawa barakah berupa pemugaran kefahaman kebenaran yang melestarikan semangat kenegaraan sebagai kekuatan transformatif yang berintikan misi pencerahan, pembebasan dan pemberdayaan dalam perjuangan berterusan memertabat masa depan generasi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment