Bulan ini bulan apa? Masuk sudah bulan Julai. Kalau bulan Islam, bulan apa pula? Errr, bulan Rejab agaknya.
Dialog ni bukan ada kena mengena dengan siapa-siapa atau apa-apa? Tapi inilah realiti kita pada hari ini. Kita hanya mengenal bulan syamsiah(matahari) atau bulan masihi kerana kehidupan kita sehari-hari memang berasaskan kalender in, yelah hari gaji, hari cuti, hari cuti sekolah, dan hari-hari yang lainlah sehinggakan hari mula puasa dan hari raya pun kita tukarkan ke kalender syamsiah ini. Pernah dulu dalam satu program belia saya bertanyakan seorang peserta (tingkatan 6 rendah), “Bulan Ramdhan bulan ke berapa dalam kalender Islam?”, dia tanya saya balik, “Apa itu kalender Islam?”. Lepas tu panjanglah perbualan kami tetapi kesimpulan yang saya dapat di sini ialah pengetahuan berkenaan kalender Islam yang sepatutnya menjadi asas kepada setiap diri Muslim sudah semakin terhakis di kalngan beberapa kelompok generasi muda hari ini. Perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana di sinilah cerminan kepada tahap kefahaman Islam sesorang individu itu.
Jalan cerita ni jadi sterotaip saja selepas itu… semua jawapan yang saya dapat amat mengejutkan saya.
Yang paling menyedihkan saya lagi selepas itu ialah apabila saya bertanya bilakah bermulanya puasa? Dia jawab dengan agak-agak ragu juga (mungkin dipengaruhi oleh perbualan-perbualan selepas soalan pertama tadi), “waktunya ditentukan oleh DYMM YDP Agong”. Inti perbualan seperti ini bukannya sesuatu yang pelik semasa membuat aktiviti-aktiviti di perkampungan Islam yang saya pernah lawati, tidak kira di bandar mahupun di kampung. Agak ramai juga golongan muda yang sudah lupa kepada perkara asas dalam Ilmu Islam ini.
Sebenarnya bukanlah kita menjadi lebih Islamik jika kita mengetahui atau mengingati kalender Islam.tetapi jangan sampai kita lupa :
- Peristiwa-peristiwa penting pada tarikh-tarikh istimewa dalam kalender Islam.
- Kenapa tarikh-tarikh ini penting?
- Hari-hari kebesaran Islam (termasuk 1 Ramadhan dan 1 Syawal) adalah berasaskan kalender ini.
Walau bagaimanapun, ada juga usaha-usaha murni kawan-kawan kita yang mengedarkan emel-emel peringatan tentang kedatangannya bulan-bulan tertentu dan mengajak kita mempertingkatkan amalan-amalan khusus semasa bulan tersebut.
Wallahu a’lam bissawab
No comments:
Post a Comment