Wednesday, July 1, 2009

Tawas

Semasa berborak-borak minum kopi/teh dengan kawan-kawan saya semalam, ada seorang kawan yang bercerita jenaka sedikit lucah dan “tawas” ini dijadikan bahan dalam cerita beliau dan tergetiklah hati saya untuk bercerita mengenai tawas ni.

Tawas ni kadang-kadang dipanggil Alum atau nama saintifik kimianya, Aluminium Potassium Sulphate merupakan bahan yang banyak kebaikannya tetapi tidak begitu popular di kalangan kita. Ini barangkali kerana banyak kegunaannya telah dikomersilkan kepada benda-benda lain yang lebih glamer dan kelihatan gah (“marketable”). Kepada generasi hari ini yang belum pernah melihat tawas, tawas ni warnanya keputih-putihan macam garam dan tidak hairanlah kalau di sesetengah tempat dipanggil garam kristal (crystal salt).

Semasa waktu kecil dulu, punca air utama untuk keluarga kami minum, masak dan mandi ialah air perigi dan hujan. Tawaslah bahan yang paling penting untuk kedua-dua sumber air ni. Untuk menjernihkan air perigi, tawaslah yang digunakan. Untuk menghilangkan nyamuk yang ditadah menggunakan tangki atau dram zink, tawaslah yang digunakan untuk membunuh jentik-jentik.


Tawas juga kami gunakan sebagai bahan untuk mandi bagi menghilangkan daki.

Tawas juga kami gunakan untuk meneutralkan bau ketiak,

Tawas juga kami gunakan untuk membuang kotoran degil di pakaian.


Tapi, hari ni kita tidak pakai perigi lagi sebagai punca air, untuk bunuh nyamuk di air bertakung, kita guna ubat jentik-jentik.

Untuk mandi, kita pakai sabun yang pelbagai jenis dan jenama.

Untuk meneutralkan bau ketiak, banyak deodoren di pasar mini, kedai runcit atau pasaraya dijual.

Untuk hilangkan kotoran degil, boleh cari Dynamo, Attack dsb… paling kurang boleh pakai Clorox.


Huh! Tapi jangan terkejut bila kita tengok isi kandungan bahn-bahan di atas, mesti ada Aluminium Potassium Sulphate atau nama kurang glamernya, tawas.

Huh! Kenapa pulak saya melalut tentang tawas pada kiriman kali ini. Sudah habis cerita pasal Turki ka? Mau habis sudah tapi bagus juga bila kita berbicara sedikit pasal hal-hal tempatan pula.

Lilin akan jadi cair apabila dibakar tetapi menghasilkan cahaya untuk menerangi kegelapan. Tawas ni saya ibaratkan sifatnya, sama dengan lilin…. Memberi manfaat kepada orang lain tetapi diri sendiri akan pupus.

Dari zahirnya, pengorbanan tawas ni memang sia-sia sahaja… memberi manfaat dan kesenangan pada penggunanya tetapi dirinya terkorban larut bersama-sama air mengalir.

Kalau mahu pengiktirafan pun, kena tunggulah penulis-penulis blog macam saya ni, barulah sumbangannya dihargai.

Kepada pejuang-pejuang agama, belia, bangsa dan Negara, mungkin perjuangan tuan-tuan dan puan-puan semua tidak begitu dihargai selama ini tetapi InsyaAllah akan ada suatu hari nanti sejarahwan atau sejarahwati yang akan menghargai perjuangan anda semua. Kalau tidakpun, keredhaan dan anugerah Allah SWT sudah memadai dan tidak akan terbanding nilainya dan ingatlah, sesungguhnya janji Allah SWT amatlah benar.

No comments:

Post a Comment