Alhamdulilah, kami sudah hampir ke penghujung ekspedisi pendidikan ini dan tinggal sedikit lagi penceriteraan saya mengenai Turki dan yang berkaitan dengannya. Bersyukur ke hadrat Ilahi atas peluang yang amat besar ini, sungguh banyak ilmu, pengajaran dan tazkirah yang saya dapat daripadanya.
Sebelum ke Konya, kami singgah untuk makan tengahari di Isparta. Selain gandum dan barangan ternak, hasil-mahsul bandar Isparta yang amat penting juga ialah produk berkaitan ros. Kami juga dimaklumkan bahawa air dan minyak ros yang dihasilkan di sini digunakan untuk mencuci kaabah. Allahuakbar.
Kami amat bertuah kerana sempat melawat sebuah Kilang mencetak Al-Quran yang terletak di bandar Isparta ni. Lawatan kami ke sana disambut meriah oleh pemimpin utama Hayrat Foundation, Ustaz Said Nuri dan beberapa wakil Isparta lain termasuk mahasiswa Universiti Sulaimani Damirel. Di sana kami dihidangkan dengan juadah makanan tengah hari masakan Turki yang terkenal dengan kelazatan ayam panggangnya. Sebelum kami meninggalkan Bandar Isparta, seluruh peserta ekspedisi mendengar kuliah ringkas dari Ustaz Said Nuri dan menerima cenderamata Al-Quran yang dihadiahkan oleh beliau bagi pihak Hayrat Foundation, Isparta dan kilang tersebut.
Kilang ini baru saja dibina lima tahun yang lalu dan merupakan kilang yang membekalkan al-Quran ke seluruh Turki (saya terlupa berapa jumlah pengeluaran sehari). Yang menariknya, al-Quran di sini dikeluarkan dan dikilangkan dalam keadaan yang amat dipercayai dan "suci" hasilnya. Apa tidaknya, tempat masuknya sahaja disediakan tempat berwudhu' untuk memastikan setiap orang yang masuk berwudhu, pemakaian kasut tidak dibenarkan sama sekali dan pekerja-pekerjanya adalah murid-murid madrasah Hayrat sendiri. Apa yang paling penting sekali, pemakanan mereka dijaga dan tempat ini dihuni sendiri oleh pemimpin dan ulama' mereka, Ustaz Said Nuri. Al-Quran yang dihasilkan di sini agak istimewa kerana ianya adalah hasil tulisan tangan secara tawafuq oleh Ustaz Ahmed Husrev Altinbasak, murid Bediuzzaman Said Nursi.
Kilang ini baru saja dibina lima tahun yang lalu dan merupakan kilang yang membekalkan al-Quran ke seluruh Turki (saya terlupa berapa jumlah pengeluaran sehari). Yang menariknya, al-Quran di sini dikeluarkan dan dikilangkan dalam keadaan yang amat dipercayai dan "suci" hasilnya. Apa tidaknya, tempat masuknya sahaja disediakan tempat berwudhu' untuk memastikan setiap orang yang masuk berwudhu, pemakaian kasut tidak dibenarkan sama sekali dan pekerja-pekerjanya adalah murid-murid madrasah Hayrat sendiri. Apa yang paling penting sekali, pemakanan mereka dijaga dan tempat ini dihuni sendiri oleh pemimpin dan ulama' mereka, Ustaz Said Nuri. Al-Quran yang dihasilkan di sini agak istimewa kerana ianya adalah hasil tulisan tangan secara tawafuq oleh Ustaz Ahmed Husrev Altinbasak, murid Bediuzzaman Said Nursi.
Sehingga ke hari inipun, saya masih tidak tahu asal usul Mashaf Uthmani yang berada di rumah saya. Astaghfirullah, semoga Allah mengekalkan barakahnya ke atas setiap pembacaan al-Quran saya.
Setelah sekian lama berada di perjalanan, akhirnya kira-kira pukul 8.20 malam, kami tiba juga ke destinasi yang dirancang. Konya sememangnya sebuah Bandar yang terkenal dengan nama bandaraya Islam di kalangan rakyat Turki. Bandar ini amat terkenal kerana menjadi tempat seorang Ulama sufi terkenal Sheikh Maulana Jalaludin Rumi berdakwah dan dimakamkan. Tidak dilupakan juga, bandar inilah yang juga menjadi kawasan seorang pemimpin politik Islam Necmuddin Erbakan mencipta nama apabila kali pertama memenangi pilihanraya kira-kira lebih 10 tahun yang lalu. Kisah sedih dan duka juga pernah menyaksikan ribuan ulama' telah dibunuh secara beramai-ramai dengan dijerut menggunakan tali serban mereka sendiri semasa pemerintahan kuat sekularisme di dalam sebuah masjid di sebuah bukit di bandar ini (tidak pasti di mana masjid tersebut kerana persinggahan yang amat singkat di Konya).
Setibanya kami di sana, kami terus dibawa ke sebuah masjid tempat di mana Sheikh Jalaludin al-Rumi dimakamkan. Makam beliau dikelilingi oleh kira-kira 65 makam lain yang terdiri dari keluarga terdekat beliau termasuk ayahanda beliau sendiri, Sultan Bahar. Menurut sejarah, beliau dilahirkan di Karma sebuah Bandar di tengah Asia, dan kemudian berhijrah bersama ayahnya ke Konya. Karya terkenal beliau bernama Mesnevi (masnawi) adalah sebuah tulisan berbentuk puisi.
Menurut Said Nursi Badiuzzaman, Mesnevi adalah merupakan satu cahaya nur dari tujuh cahaya Al-Quran yang menerangi alam semesta. Selepas pemergian beliau, anak muridnya telah mengasaskan sebuah tariqat tasauf. Tarikat yang diamalkan oleh sebilangan pengamal ini begitu terkenal dengan bacaan zikir sambil berpusing-pusing. Kami difahamkan, pengasas tarikat ini telah mendengar semua zikir dari kalangan seluruh makhluk di dunia ini dan melihat beberapa makhluk telah berzikir sambil berpusing. Antara makhluk yang dinyatakaan termasuklah matahari, bumi, electron, proton dalam badan dan sebagainya yang sentiasa bergerak tanpa henti. Maka. disebabkan itulah, zikir tarikat ini dibaca sambil berpusing-pusing, dipanggil Ritual Sema atau Tarian Sufi, di Malaysia ni.
Dalam pada itu, beberapa peninggalan Sheikh seperti tasbih besar, kitab, dan karya-karya beliau juga diletakkan di kawasan berdekatan untuk tujuan pameran. Perbincangan, apatah lagi amalan tasawwuf serta tarikat adalah merupakan sesuatu yang "berat" untuk diamalkan malah dibahaskan di Malaysia kerana takut ianya akan membawa kepada ajaran sesat.
Mungkin ini sesuatu yang boleh dibahaskan lebih lanjut. Wallahu a'lam bissawab.
No comments:
Post a Comment