Cinta...
Boleh buat kita buta
Tapi biarlah buta yang tidak membutakan aku daripada melihat Nur Ilahi
Cinta...
Boleh buat kita lupa
Aku tidak kisah kalau aku lupa
Tapi bukan lupa yang membuat aku lupakan Allah Ar-raqiib
Cinta...
Buat kita dungu
Aku tidak kisah menjadi dungu
Tapi bukanlah dungu yang tidak boleh membezakan salah dan benar
Cinta...
Buat kita bahagia
Tapi kenapa aku harus bahagia
Apabila seharusnya bersedih pabila mengingkari hukum Allah
Cinta...
Perlukan pengorbanan
Aku mahu berkorban
Tapi kenapa berkorban, kalau tidak untuk Allah
Cinta...
Kenapa perlu cinta
Tapi bukan cinta kalau tidak kerana Allah
Abdul Ramlie Ibrahim
Papar, 31082014
No comments:
Post a Comment