Saturday, October 19, 2013

Ibrah : Qurban dan Arafah


"Ambillah ibrah-ibrah (pelajaran darinya) wahai bagi orang-orang yang celik mata hatinya (berfikir)" Al Hasyr : 2
 
Ibrah itu mulanya mengambil teladan;
Ibrah itu kemudiannya mengambil pengajaran;
Ibrah itu akhirnya mencipta falsafah
 
Falsafah Qurban bukan pada binatang yang disembelih, tapi pada perkara yang paling kita sayangi. Qurbanlah sesuatu yang paling kita Sayangi, demi membuktikan keTaqwaan kepada Allah yang Maha Mengasihani.
 
Ini bersesuaian dengan peringatan yang Allah melalui ayat :
 
"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu."
Al-Haj : 37
 
Qurban itu bukannya menuntut qurban ala Ibrahim-Ismail tetapi lebih kepada pengorbanan peribadi dan situasi dlm kehidupan... ianya bersifat individualistic dan spesifik... perlu pencarian khusus dan berterusan.
 
Falsafah disebalik kenapa Nabi Ibrahim As disuruh untuk menyembelih Nabi Ismail ialah peringatan kepada "pematuhan yang total" - Sami'na waato'na. Arahan Allah SWT melalui wahyunya adalah sesuatu yang tidak boleh ditawar-tawar atau ditimbang-timbang.
 
Jadi, kita harus bagaimana?
 
Perlunya kita (terutama diri saya) muhasabah diri kita terhadap arahan-arahan wahyu daripada 6,666 ayat al-Quran...belum termasuk lagi arahan-arahan melalui sunnah dan hadith.

Peristiwa Arafah
 
"Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Al-maidah : 3)
 
Peristiwa Arafah yang besar ada dua; satu berkaitan dengan deklarasi sempurnanya Islam sebagai ad-deen penunjuk jalan kepada umat manusia sejagat dan satu lagi sebagai tanda ingatan kepada manusia tentang kisah pertemuan semula Nabi Adam as dan Hawa.
 
Kedua-duanya adalah kisah indah yang penuh pengajaran dan peringatan untuk kita sebagai anak cucu Adam as dan umat Muhammad SAW jadikan motivasi untuk kita semua dan pastinya tarikh 9 Zulhijjah 1434H yang lalu adalah tarikh penting untuk diri ini juga...

Resurgam! (latin : I will rise again)

No comments:

Post a Comment