Sunday, August 12, 2012

Malaysia : Cabaran Mana dan Pemodenan Mana?

"Malaysia adalah sebuah negara yang berbeza dengan mana-mana negara lain: Dibayangi dengan janji dan kerapuhan. Kepelbagaian Sejarah, budaya dan agama menjadikannya tanah yang kaya, menarik dan sukar diramal. Cina, India, Melayu, dan dalam erti kata yang lebih luas, budaya kehidupan masyarakat Indonesia di persekitarannya; manakala Buddha, Kristian dan Islam semua mengambil bahagian dalam warisan yang berlapis-lapis. Selain itu, Malaysia mempunyai potensi ekonomi kelas pertama dan geostrategik. Dalam tahun-tahun mendatang, ia boleh dijangka mengambil alih kepentingan semakin lebih besar serantau dan antarabangsa bersama-sama jirannya, Indonesia - dua baru muncul negara-negara yang sering diabaikan oleh kelebihan China dan India, sebagai dua kuasa Asia." Mukadimah daripada artikel Prof Tariq Ramadan ini.

Malaysia, sama dengan Sabah dan Sarawak akan mencapai umurnya yang ke-49 tidak lama lagi, dan Tanah Melayu pula sudah merdeka hampir 55 tahun. Malaysia mempunyai potensi yang baik dengan keluasan yang sederhana berbanding dengan rahmat hasil buminya yang melimpah ruah. Amat rugilah sekiranya Malaysia tidak memgambil peluang ini untuk menjadi suatu kuasa ekonomi yang hebat.

Saya tidak pasti bagaimana negara-negara Umat Islam lainnya mendepani isu pemodenan, globalisasi, kapitalisme dan konsumerisme tetapi betullah kata-kata Prof Tariq di Malaysia, strategi politik selalunya cuba mengislamisasikan perkara-perkara ini. Mungkin agak keterlaluan jika saya katakan ahli-ahli politik menggunakan jenama Islam sebagai usaha mencari populariti. Lihatlah, di bulan Ramadhan ini; semuanya jenama Islam - sahur, iftar, penyerahan zakat, terawih dan tadarus quran akan dimodenkan dengan istilah baru seperti program singgah sahir, iftar dan sumbangan kepada anak-anak yatim, tadarrus pemuda xxx(nama parti politik) masjid dan entah apa lagi.

PRU ke-13 semakin hampir, kalau tidakpun tahun ini, ianya sudah semestinya berlaku selewat-lewatnya Mei tahun depan. Pelbagai isu-isu politik mula muncul; dibangkitkan oleh Kerajaan mahupun daripada Pembangkang. Seperti yang disebut oleh Prof Tariq dalam artikelnya, salah satu isu ialah kebebasan beragam yang ditimbulkan oleh bukan Islam di negara ini yang merasakan mereka tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam negara majmuk di Malaysia.

Oleh itu, muncullah juara-juara yang cuba mengambil kesempatan daripada keadaan Kerajaan yang cuba menjadi populis di mata rakyat ataupun pergi kepada pihak pembangkang yang cuba menjadi pejuang membela hak rakyat yang tertindas. Akhirnya, isu ini tidak pergi ke mana pun dan menjadi retorika dalam manifesto, agenda perjuangan dan bermacam-macam lagilah nama yang diberikan.

Kekeliruan menjadi bertambah kusut apabila di kalangan extremis-extremis Islam pula, fatwa-fatwa dikeluarkan bagi mengharamkan beberapa perkara yang berkaitan dengan usaha-usaha keharmonian dan kesefahaman kemajmukan beragama di negara ini. Istilah-istilah seperti kafir zimmi, dan harbi diperkata semula dan undang-undang Hudud cuba dijualbelikan pelaksanaannya. Saya sedih sambil sengih melihat kepada perkembangan ini...

Akhir sekali, saya suka melihat kesimpulan yang dibuat oleh Prof Tariq mengenai Masjid Terapung Hijau di Perlis yang menggunakan lima bahasa di kubahnya betapa hal-hal sebeginilah yang lebih utama dalam meraikan perbezaan-perbezaan yang baik sifatnya.

No comments:

Post a Comment