Pada 12 April yang lalu saya berada di KL dan pada hari tersebut jugalah Puduraya diumumkan untuk ditutup bagi sementara waktu bagi kerja-kerja pembaikpulihan.
Saya mengenali KL di awal tahun 90an dulu dengan bangunan-bangunan gah seperti Puduraya, Dayabumi, Menara Maybank, The Mall, Bukit Bintang, Central Market, Lot 10 dan Kotaraya. Hari ini, ada di antara bangunan ini yang tidak disedari lagi akan kehadiran maupun kewujudannya. Hari ini fungsi-fungsi sesetengah bangunan yang ada itu telah digantikan oleh bangunan-bangunan yang lain seperti KLCC, Mid Valley, Sunway Piramid, Mines dan One Utama.
Apa yang signifikan tentang kewujudan Puduraya ini ialah fungsi asasnya suatu masa dulu yang sebagai hub penghubung seluruh Semenanjung Malaysia (Sabah dan Sarawak juga sebab bas-bas yang menghubungkan lapangan terbang Subang dahulu akan berhenti di sini) dan tempat berkumpulnya berbagai lapisan masyarakat.
Sebagai sebuah organisasi yang berteraskan belia/masyarakat, fungsi organisasi sepatutnya bertindak macam Puduraya ni.
Organisasi yang baik mahupun relevan terhadap persekitarannya harus menjadi hub penghubung kepada kepelbagaian keperluan masyarakat dan belia di sekitarnya.
Sebuah organisasi baik mampu menarik masyarakat dan belia untuk berhimpun di dalamnya dalam menjalankan aktiviti bersama dan bukannya hanya untuk beberapa kelompok sahaja.

Begitu juga bagi diri insaniah yang menyahut amanah untuk menjafi khalifah di mukabumi ini; perlu menyiapkan diri untuk menjadi fasilitator dan penghubung kepada keperluan masyarakat sekeliling serta menjadi pemangkin/faktor kepada penyebaran nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat.
Diharapkan Puduraya akan dapat mengembalikan kegemilangannya sebelum ini selepas proses pembaikpulihan samalah seperti organisasi belia yang semakin malap sinarnya di mata masyarakat dan usaha mesti diteruskan untuk menjadikan organisasi belia benar-benar mewakili golongan belia.
Bagi diri ini, insyaAllah akan diteruskan usaha-usaha membawa masyarakat kepada pemikiran-pemikiran positif, baik dan murni dalam membentuk ketamadunan bangsa yang bakal menguasai dunia.
No comments:
Post a Comment