Agak baik juga momentum di kalangan rakan-rakan selepas mendengar kuliah tafsir maudhuíy kali ke-14 Sabtu lepas dan bermacam-macamlah posting dalam Facebook yang berkaitan kisah surah Yusuf ni (Ahsanul qasas) mahupun kata-kata hikmah daripada Dato' Dr Siddiq Fadhil. Sebagai intisari daripada Kuliah Tafsir Maudhuíy ini, penceritaan kisah Nabi Yusuf bukan hanya harus bertumpu kepada ketampanan dan kekacakan Nabi Yusuf As sahaja malah harus diberikan promosi betapa universalnya perjuangan Nabi Yusuf a.s. seperti yang dikisahkan melalui surah ini.
Izinkan saya memetik perenggan-perenggan awal dari kertaskerja yang disediakan oleh Dato’ Dr Siddiq Fadhil :
Dari sekian banyak kisah-kisah yang termuat dalam al-Qur’an, surah Yusuf diistimewakan dengan sebutan ahsanu ‘l-qasas atau kisah terindah (surah Yusuf : 3). Penamaan tersebut tentu ada justifikasinya. Ia adalah kisah paling lengkap dari segi liputannya. Pemerian tentang tokohnya (Yusuf a.s.) menggenapi seluruh babak-babak penting sepanjang usia dari masa kanak-kanaknya hingga masa puncaknya ketika menjadi ‘Azizu Misr. Setiap babak dipaparkan secara rinci – adegan-adegan dan dialog-dialognya. Kisah Yusuf a.s. adalah kisah paling sarat dengan mesej iktibar dan hikmah, di samping padat dengan nilai dan prinsip keilmuan yang cukup pelbagai, mewakili makhluk dari pelbagai jenis, sector dan golongan: manusia (lelaki dan perempuan), nabi, jin, syaitan, malaikat, haiwan, raja, peniaga, ilmuwan dan orang awam. Kisah terindah dengan segala babak dan adegannya itu membawa pesan induk: maslahah kehidupan duniawi-ukhrawi, sabar menanggung derita dan sifat pemaaf ketika kuat.
Keindahan kisah Yusuf a.s. dapat dinikmati dari segi gaya pengungkapan yang tepat dan padat, kata-kata yang singkat membawa makna yang luas, mendalam dan penuh hikmah. Juga dari segi olahan seni tentang pelbagai aspek kehidupan insani yang diungkapkan lewat paparan peristiwa-peristiwa nyata tetapi sekaligus mengisyaratkan implikasi-implikasi kejiwaaan-kerohanian: kasih ayah terhadap anak tersayang, kedengkian saudara-saudara kandung, derita batin orang tua yang kehilangan anak kesayanagan, cinta, nafsu, fitnah, maruah dan lain-lain yang semuanya membawa pesan tentang kehidupan mulia dan bermaruah berasaskan nilai-nilai taqwa dan kebenaran.
Kisah Yusuf a.s. ini adalah kisah indah yang dapat meniupkan semangat kepada pejuang-pejuang kebenaran dan ketaqwaan bahawa sinar kebahagiaan atau cahaya kemenangan pasti akan datang. Hanya manusia yang memiliki sifat ulul’al-bab saja yang memahami akan maksud kehidupan dan berjuang dengan berpaksikan syukur dan sabar. Syukur bila menerima kenikmatan dan kesenangan dan bersabar apabila ditimpa musibah dan penderitaan.
Sifat sabar inilah yang menanamkan benih kekuatan kepada Yusuf a.s. dan ayahandanya Yaakub a.s. untuk terus mengharap. Dengan harapan jugalah lahirnya usaha-usaha dan tindak-tanduk yang dapat membantu mencapai matlamat kehidupan. Maka, tidak hairanlah apabila ayat ke-86 dari Surah Yusuf akan menitiskan mata Saidina Umar Radiallahu anh’ setiap kali beliau membacanya di setiap solat Subuh sehinggakan jemaah Subuh yang hadir tidak dapat memahami apa yang ditututurkannya;

(Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya Aku hanyalah mengadukan kesusahan dan
dukacitaku kepada Allah dan Aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari
Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya.
Iktibar yang suka saya ambil daripada surah ini ialah pendekatan ekonomi yang diambil oleh Nabi Yusuf a.s bagi memastikan ekonomi Mesir tetap stabil walaupun selepas dilanda krisis dan bencana kemarau yang bertahun-tahun lamanya. Dato’ Dr Siddiq Fadhil menyebut dalam kuliahnya bahawa :
Ternyata model pembangunan ekonomi yang dipromosikan oleh Nabi Yusuf a.s. tidak hanya bersifat kuantitatif dan kebendaan. Ia juga berdimensi kemanusiaan dan nilai-nilai moral dan sosial. Dengan kata lain, ia mungkin dapat disebut sebagai dasar ekonomi rahmatan li ‘l-alamin, ekonomi yang merahmati umat sejagat, bukan ekonomi kapalitalistik yang rakus dan mementingkan diri.
Begitulah perjuangan seorang nabi dai-murabbi yang agung, bukan hanya menyampaikan risalah tauhid semata-mata bahkan cara hidup berekonomi yang berarah ketaqwaan dan kebenaran.

Dato’ Dr Siddiq Fadhil menutup kuliahnya dengan:
Nabi Yusuf a.s. telah meninggalkan legacy moral kemanusiaan yang cukup inspiring: bahawa pada saat paling susah, masih ada sifat pemurah; bahawa ketika meratanya kesengsaraan, masih ada kemanusiaan. Kesusahan bukan alasan untuk meninggalkan kepedulian.
Demikianlah sebahagian daripada sorotan terhadap ahsana ‘l-qasas yang menampilkan kisah Sayydina Yusuf al-Siddiq a.s., nabi-daí-murabbi multi dimensi dengan kepakaran yang pelbagai, dari penta’bir mimpi hingga ahli ekonomi. Yang jelas apapun bidang keahliannya, profesi apapun kerjayanya, tidak pernah walau sesaat Yusuf a.s. melupakan misi asasinya: dakwah dan tarbiah membina ummah.
Semoga kita semua mendapat iktibar dan kekuatan baru dalam mewarnai kehidupan dengan khabar gembira (ahsanal qasas) dari Surah Yusuf ini. Jadikanlah ini sebagai suntikan optimisme dan keyakinan baru untuk terus bergerak ke hadapan.
Wallahu a’lam.

No comments:
Post a Comment