Tahun 2010 adalah merupakan tahun akhir untuk Jawatankuasa Kerja Majlis Belia Sabah 2008-2010 untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti selaras dengan kehendak dan keperluan belia semasa. Usaha-usaha masih perlu dipertingkatkan bagi memastikan pembangunan, kepentingan, harapan dan kebajikan golongan belia di negeri ini sentiasa diambil perhatian.
PENDEKATAN PRORAM TAHUN 2010
Bagi menyahut semua cabaran ini, tahun 2010 ini akan mengambil pendekatan yang berikut :
- Meneruskan usaha menambah ahli gabungan dan ahli-ahli dalam badan gabungan.
- Meningkatkan usaha untuk mempercepatkan penubuhan Gabungan Persatuan Belia Bahagian (yang dahulunya, Majlis Belia Bahagian).
- Menyediakan pelapis pimpinan belia terlatih yang dapat mengekalkan semangat idealisme, aktivisme dan budaya keilmuan di samping memahami matlamat sebenar tanggungjawab dan amanah kepimpinan.
- Meneruskan usaha-usaha dalam mendepani isu-isu semasa belia melalui pelbagai bentuk forum, persidangan mejabulat, seminar mahupun media massa.
- Menyediakan platform kepada golongan yang tidak minat berpersatuan untuk memanfaatkan masa senggang mereka dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah melalui program-program Belia Proaktif Sabah / Sabah Proactive Youth (SPY).
- Meningkatkan jaringan dan perkongsian bijak dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta.
- Menyediakan ruang dan memudahcara penubuhan alumni MBS dan Institut Penyelidikan dan Kepimpinan Belia Sabah untuk membantu MBS membentuk kajian, penyelidikan dan dasar dalam memantapkan usaha pembangunan kepimpinan dan kemaslahatan belia negeri Sabah.
- Mendekati belia melalui rangkaian/jaringan yang tekini seperti blog, facebook, twitter, dan sebagainya. Satu unit IT khas MBS adalah dicadangkan untuk ditubuhkan bagi merealisasikan pendekatan ini.
- Menyediakan dan mencari ruang untuk program-program berbentuk jatidiri, sahsiah dan kerohanian dalam membentuk jatidiri, patriotisme dan sahsiah belia yang semakin terhakis.
- Menyediakan dan mencari ruang untuk program-program berbentuk kemahiran dalam mengisi keperluan belia semasa.
- Menyediakan dan mencari ruang untuk program-program berbentuk sukan dan rekreasi dalam meraikan minat belia semasa.
- Menyediakan dan mencari ruang untuk program-program berbentuk anti-jenayah, anti-dadah, khidmat masyarakat dan bakti bagi mendekati masyarakat yang seterusnya dapat memperbaiki persepsi terhadap belia dan budaya negatif.
- Meneruskan kajian terhadap kecenderungan belia pada hari ini.
- Mempertingkatkan pengurusan kewangan dan pentadbiran.
- Menghasilkan bahan-bahan penerbitan berbentuk buku dan buletin daripada seminar, mejabulat dan kajian Majlis Belia Sabah.
Disediakan oleh :
No comments:
Post a Comment