Saya difahamkan juga oleh rakan-rakan dari Turki bahawa bahasa pengantar dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah bahasa Turki seratus peratus. Rasanya, tidak perlu gunakan bahasa Inggeris untuk lebih maju, tetapi usaha-usaha menterjemah dan pengkajian teknologi yang berterusanlah yang lebih utama supaya kita tidak ketinggalan dalam arus kemajuan masakini dan itulah yang dilaksanakan oleh Turki sehinggalah ke hari ini untuk setanding dengan jiran-jiran mereka di Eropah.
Itupun pandangan dua puluh sen saya sahaja.
Sekiranya kita menelurusi kembali sejarah Turki selepas 1924, salah satu daripada tindakan MKA untuk menghapuskan bahasa Turki itu sendiri dan memperkenalkan satu bahasa Turki baru (yang lebih moden, katanya). Dengan kuasa Allah SWT, usaha in telah gagal atas kekangan perbendaharaan kata yang tidak mencukupi untuk bahasa yang baru itu.
Tetapi, MKA telah berjaya memastikan beberapa asas dan budaya Islam dihapuskan:
- MKA melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji.
- Beliau turut menutup beberapa buah masjid , umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu mendikan sebuah gedung. Beberapa masjid pula termasuk Masjid Samsudin (di mana makam Abu Ayub al-Ansari disemadikan) telah dijadikan kandang kuda.
- Dalam urusan munakahat pula, belaiu melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam.
- Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki. Disamping itu, beliau turut menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin.
Tindakan yang dilakukan oleh MKA ini nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki. MKA berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Beliau membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama… sehingga sampai ke tahap membunuh golongan-golongan ini.
Alhamdulillah, hari ini, asas-asas dan budaya-budaya Islam yang cuba dihakis oleh MKA itu sebenarnya tertimbus sahaja daripada orang-orang Turki. Sinar-sinar Islam itu sudah mula muncul semula dengan tertiupnya debu-debu faham sekularisma atau kemalisme yang cuba ditanamkan oleh MKA. Marilah kita sama-sama berdoa untuk keselamatan dunia dan di akhirat agar sentiasa kekal dalam Rahmat Ilahi...
"Ya Allah Ya Tuhan Kami, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat, serta jauhilah kami daripada azab kubur". Amin
No comments:
Post a Comment